Bab 4 : Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
4.1 Pengenalan
1. Kemunculan tamadun Islam dianggap
unik kerana:
 |
Hijaz, tempat perkenbangan Islam |
a. Lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering-kontang iaitu di
Hijaz
b. Berasaskan pemikiran dan ajaran agama
c. Merupakan anugerah Allah kepada
umat manusia
4.1.1 Mayarakat Arab Jahiliah
1. Masyarakt yang hidup di Semanjung Tanah Arab muncul dalam jangka masa selepas
runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bermulanya Zaman Islam. ( 310 tahun : 300M - 610 M )
- Faktor keruntuhan Empangan Maarib
-kelalaian pemimpin Sabak untuk membaiki empangan
-berlakunya banjir besar
 |
Empangan Maarib di Sabak dari jarak yang jauh |
 |
Kini hanya tembok Empangan Maarib Lama masih dikekalkan, |
*Jika hendak ingin melihat lebih banyak gambar Empangan Maarib boleh melayari www.traveladventures.org*
2. Perkataan
jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab itaitu
jahala yang bermaksud
- jahil
- tidak mempunyai ilmu pengetahuan
- tidak mengetahui
3. Perkataan
jahiliah turut sering digunakan orang Islam untuk menggambarkan
perubahan yang dibawa oleh
Islam dalam corak
kehidupan dan
pemikiran masyarakat.
4. Sebab-sebab Zaman Jahiliah dianggap sebagai
Zaman Kegelapan
 |
Kitab Suci al-Quran |
- tidak menyambah Allah Yang Maha Esa.
- menyembah berhala.
- mempercayai animisme.
- kehidupan yang kucar-kacir
- tiada nabi atau rasul
- tiada kitab suci sebagai petunjuk dalam kehidupan.
- mempunyai akhlak yang rendah seperti bersifat kejam, angkuh dan degil.
4.1.2 Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah
1. Masyarakat Arab Jahiliah dikategorikan kepada dua golongan:
a.
Masyarakat Badwi
- tinggal di
kawasan gurun dan pedalaman, iaitu di bahagian tengah Semanjung Tanah Arab.
b.
Mastarakat Hadari
- menetap di kawasan
persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.
Gambaran Masyarakt Arab Jahiliah
Sosial
- Seseorang lelaki akan meminum arak sehingga mabuk.
- Hal ini menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.
- Kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah.
- Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
- Mereka menanam bayi permepuan hidup-hidup sejurus dilahirkan kerana anggapan bahawa anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
- Dalam soal perkahwinan, tiada peraturan yang khusus.
- Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan mana-mana wanita yang dingini.
Ekonomi
- Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan.
- Keuntungan dan kekayaan diutamakan.
- Merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.
- Kafilah ialah sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan tujuan untuk berniaga atau berpindah.
- Kegiatan merompak adalah penting kerana dikatakan sebagai kewajipan setiap individu dalam setiap kabilah.
- Golongan kaya dan berada mengekploitasi golongan miskin.
Kepercayaan Agama
1.Wujud empat bentuk kepercayaan agama:
 |
Gambaran Nabi Ibrahim a.s. menyebar agama Hanif. |
a. Agama wathani - menyembah berhala
b. Animisme - memuja alam seperti pokok
c.
Samawi - Kristian dan Yahudi
d. Kepercayaan - seperti menilik nasib, sihir dan
mempercayai roh orang mati menjadi burung
2. Agama Hanif dianuti oleh sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah.
3. Diturunkan oleh Allah ( sebelum kemunculan Islam ) kepada nabi-nabi terdahulu.
4. Disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s..
5. Penganutnya digelar Hunafa.
6. Pengikut-pengikut agama Hanif:
a. Waraqah bin Naufal
b. Uthman bin Huwairith
c. Abdullah bin Jahsh
d. Umaiyah bin Abi Salt
Nilai Hidup yang Dipegang
1. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan
Sistem Kabilah.
2. Struktur Sistem Kabilah:
a. cara hidup
berpuak-puak dan berkelompok.
b. terdiri daripada suku tertentu.
c. Ahlinya tinggal dalam sebuah kawasan.
d. Setiap kabilah mempunyai
identiti dan peraturan yang tersendiri.
e. Ahli sangat
taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
f. Kabilah diketuai oleh seorang
syeikh.
3. Syarat-syarat pelantikan syeikh:
a.
disukai oleh ahli kabilah
b.
dilantik atas persetujuan ramai.
c.
berfikiran matang, gagah, berani dan pandai berpidato
 |
Kehidupan yang berpuak-puak dalam Sistem Kabilah |
Kesan-kesan Sistem Kabilah
1. Kemunculan
semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
2. Kemunculan semangat assabiah adalah disebabkan
struktur Sistem Kabilah yang berasakan keturunan.
3. Setiap puak yang tinggal dalam kelompok masing-masing terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah mereka.
4. Akibatnya lahir perasaan kesukuan yang menebal dalam kalangan ahli kabilah.
5.Ahli-ahli sanggup menuntut bela demi maruah diri dan kabilah mereka.
6. Perasaan kesukuan juga disebabkan
keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang panas dan kering kontang.
7. Sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mendepani masalah mereka secara bersama untuk meneruskan kehidupan.
8. Perasaan kesukuan ini menyebabkan keadaan kucar-kacir.
Bukti Semangat Kesukuan
1. Sifat kesukuan menjadikan keadaan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir, tidak aman dan berlakunya persengketan.
2. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah lain atas sebab yang kecil.
3. Tercetus kerana semangat assabiah yang menebal dan sikap Arab Jahiliah yang suka berperang.
4.
Perperangan al-Basus berlaku antara
Bani Taghlib dengan
Bani Bakar.
5.
Seorang Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
6. Peperangan berlangsung selama
40 tahun.
 |
Gambaran Perperangan al-Basus |
* Anda boleh merujuk http://books.google.com.my/books/peperangan al-Basus jika ingin memahami perang al-Basus dengan lebih dalam*
Aspek Ilmu Pengetahuan
1. Kebanyakkan orang Arab Jahiliah adalah buta huruf.
2. Walaupun terdapat dalam kalangan mereka saudagar-
saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti
perdagangan yang lebih menguntungkan.
3. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.
4. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan.
5. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya.
6. Dalam kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis.
7. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.
 |
Oleh sebab kekurangan penekanan pendidikian, masyarakat Arab Jahiliah kebanyakkan adalah buta huruf. |
Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
1. Walaupun orang-orang Arab Jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat-sifat positif dan mulia.
2. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya.
3. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat.
4. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata-mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya.
5. Di samping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan.
6. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa.
7.Orang-orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat -sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.
-----------TAMAT-------------------------------------