4.2.3 Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
- Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari Isnin, 17 Ramadan (6 Ogos 610M)
- Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, iaitu wahyu yang pertama diterima berbunyi "Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan manusia..."
b) Melalui bacaan, ilmu seseorang dapat ditingkatkan dan selanjutnya membolehkan seseorang membuat kajian dalam pelbagai bidang.
c) Ini selanjutnya akan membantu dalam membina masyarakat dan tamadun Islam yang cemerlang.
- Wahyu kedua, iaitu surah al-Muddasir (ayay 1-7) juga diturunkan di Bukit Nur yang berhampiran Makkah.
b) Baginda diperintah menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia.
- Baginda perlu menyebarkan ajaran Islam secara bijak dan terancang.
- Nabi Muhammad s.a.w terus-menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan kepada Arab Quraisy.
- Pada tahap ini, baginda merancang untuk membetulkan akidah dan kehidupan masyarakat Arab dengan beriman kepada Allah s.w.t dan meninggalkan semua amalan yang keji.
4.3 Penyebaran Islam di Makkah
- Sejak Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai Rasulullah, baginda mula merancang untuk mengubah cara hidup masyarakat di sekelilingnya.
- Baginda telah menyebarkan agama Islam selama 13 tahun di Makkah.
- Baginda menyebarkan Islam secara berperingkat-peringkat:
b) Peringkat kedua-pengyebaran dilakukan secara terang atau terbuka selama 10 tahun
Peringkat Awal
- Pada peringkat awal, penyebaran Islam dilakukan secara sulit atau rahsia selama tiga tahun
- Pada peringkat ini, Islam disebarkan dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat.
- Antara mereka yang terawal memeluk agam Islam ialah
a) Siti Khadijah, isteri nabi ( orang yang pertama memeluk agama Islam)
b) Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
c) Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
d) Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
Siti Khadijah, isteri nabi |
![]() |
Ali bin Abu Talib |
- Pada peringkat ini, agama Islam bukan sahaja diberikan sambutan oleh golongan bawahan malah golongan bangsawan juga turut menerimanya.
- Antara sebab dakwah Islamiah pada peringkat ini diterima ialah ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
- Melalui Abu Bakar al-Siddiq, Islam disebarkan kepada tokoh-tokoh Quraisy seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam dan Al-Arqam bin Abu Arqam.
- Rumah Al-Arqam telah dijadikan sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah . Melaluinya Nabi Muhammad s.a.w telah menyebarkan Islam secara meluas.
Peringkat Kedua
- Dakwah pada peringkat ini adalah terbuka atas perintah Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Penyebaran Islam secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib dimulakan melalui majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib.
- Terdapat keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menolak seruan baginda.
- Antara orang yang paling kuat menentang baginda ialah Abu Lahab, iaitu bapa saudara baginda sendiri.
- Seruan Islam secara terbuka kepada ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah.
Bukit Safa |
a) Ini berikutan perintah Allah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94.
b) Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya ialah ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Zuhrah, Bani Tamim, Bani Makhzum dan Bani Asad.
- Pada peringkat ini, baginda telah ditentang hebat oleh kaum Musytikin Quraisy.
- Berlaku perbahasan yang hebat antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab. Abu Lahab telah menghina baginda sehingga dakwah yang hendak disampaikan telah terganggu.
- Akibat penentangan hebat oleh kaum Quraisy, baginda mengarahkan pengikut baginda berhijrah ke Habsyah pada 615M. Ini sebagai langkah untuk melindungi para pengikut baginda.
- Baginda kemudiannya berdakwah hingga ke Taif tetapi seruan baginda tidak diterima
Bagus.... Dan amat mudah difahami... Saya cuma agak terkilan...Bukankah kita tidak dibenarkan mengetahui ataupun membayangkan wajah-wajah sahabat Nabi, Bapa sedara, isteri dan kawan-kawan Nabi?
ReplyDeleteBagus.... Dan amat mudah difahami... Saya cuma agak terkilan...Bukankah kita tidak dibenarkan mengetahui ataupun membayangkan wajah-wajah sahabat Nabi, Bapa sedara, isteri dan kawan-kawan Nabi?
ReplyDeleteTidak begitu terperinci kerana tidak mempunyai cara nabi menyebarkan islam dengan meggunakan sesuatu surah untuk menjawab soalan. Tetapi begitu memudahkan kerja saya
ReplyDeleteAlak ada gambar keluarga bukan tkblh ke?
ReplyDeleteBagus dan amat mudah difahammi.. Saya rasa amat susah kerana spm nak terdekat tetapi nota secara ringkas ini amat membantu saya..terima kasih atas pertolongan anda
ReplyDeleteSangat mudah difahami. Izinkan saya guna untuk tugasan sekolah
ReplyDelete