Monday 22 July 2013

Nota Kedua Bab 4 ( 4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul )

4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).

2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.

3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.

4. a. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.
    b. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib.
    c. ibunya ialah Aminah bt. Wahab.

5. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M pada Tahun Gajah : (berlakunya serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap kota Makkah). 
6. Baginda dilahirkan di rumah datuk baginda, Abdul Muttalib dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji. 
7. Oleh sabab bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan, Nabi diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui.
8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuk baginda. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh bapa saudara baginda, Abu Talib.

9. Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun iaitu dengan mengikut rombongan bapa saudara baginda ke Syam.  
10. Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah.
          11. Pendeta ini segera menyuruh Abu Talib membawa baginda pulang kerana khuatir akan  dibunuh oleh orang Yahudi.


12. Pada usia 20 tahun, baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid ( digelar sebagai al-thatharah)

13. Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.

 

 

 

 

 

4.2.1 Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

1. Empat sifat terpuji nabi : 
http://www.ispi-usa.org/muhammad/muhammad.jpg                 a. Amanah
                 b. Siddiq
                 c. Fatanah
                 d.  Tabliq

2. Nabi digelar Al -Amin kerana  
  a. perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai
            
 b. tidak pernah berbohong.

       










 4.2.2 Bukti Peristiwa Kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

       Bukti 1  :  Perletakan Semula Hajar Aswad ( Batu Hitam )

                     Semasa baginda berumur 35 tahun, kewibawaan baginda terserlah apabila baginda berjaya menyelesaikan suatu persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy. Peristiwa ini berpunca daripada perletakan semula Hajar Aswad ( batu hitam ) ke tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah yang telah terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.

                     Pertelingkahan timbul apabila kabilah Arab Quraisy berebut untuk meletakkan Hajar Aswad kembali semula ke tempat asalnya. Mereka bersetuju melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim. Baginda telah bertindak bijak dengan meletakkan Hajar Aswad do atas sehelai rentangan kain serban. Baginda kemudian meminta pemimpin setiap kabilah untuk memegang setiap penjuru serban dan membawanya ke tempat asal. Kemudian baginda sendiri telah meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya. Tindakan baginda ini telah membuatkan semua orang berpuas hati serta mengelakkan perbalahan antara kaum.

Untuk merujuk hal ini dengan lebih teliti layarilah http://www.geocities.ws.com


Hajar Aswad



Bukti 2:

Nabi Muhammad s.a.w dapat menyelesaikan masalah kerana kebijaksanaannya.
Sebagai contoh, 
Baginda memeterai Perjanjian Hubadiyah pada tahun 628M. Walaupun perjanjian ini tidak adil, baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam.

Perjanjian Hubadiyah
  • Baginda selalu memikirkan mengenai cara kehidupan masyarakat sekeliling baginda yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah dan berusaha mencari jalan untuk mengubah kehidupan mereka sebelum baginda dilantik menjadi rasul.
  • Untuk itu, baginda telah mengasingkan diri daripada masyarakat yang sedemikian, baginda sering bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadah) kepada Allah di Gua Hirak di kemuncak Bukit Nur (Jabal Nur) yang terletak kira-kira 6 jam dari kota Makkah.
Gua Hirak    
                                 Bukit Nur
  • Walaupun tempat tersebut terletak di puncak Bukit Nur, tetapi baginda tabah dan sabar mendakinya.
  • Tempat tersebut dipilih kerana kesunyian dan ketenangan yang wujud di situ membolehkan baginda menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuhnya.
  • Ahkirnya, selepas enam bulan nabi bertahannuth di Gua Hirak, pada 6 Ogos tahun 610 M (17 Ramadan) wahyu pertama telah diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Jibril.
  • Ketika itu baginda berusia 40 tahun dan bernula era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab Jahiliah yang menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. susah lah saya nk agihkan ayat die kpd jawapan.....😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  3. sgt membantu saya dlm menyiapkan kerja sekolah😍😍terima kasihπŸ’•πŸ™Š

    ReplyDelete