Tuesday 23 July 2013

Nota Keenam Bab 4

Cara penentangan kaum Quraisy


1. Diejek oleh penyair Arab Quraisy melalui puisi mereka.
2. Nabi Muhammad s.a.w. dilemparkan dengan pelbagai tohmahan       dan tuduhan.
3. Kaedah pujukan
   -Nabi Muhammad s.a.w. dipujuk agar meninggalkan ajaran Islam
   -Baginda ditawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.
4. Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dipulau oleh kaum     Arab Quraisy.
   -Orang Arab Quraisy dilarang menjalankan urusan jual beli
    dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
   -Sebarang bentuk pertolongan tidak boleh diberikan kepada
    keluarga baginda.
   -Orang Arab Quraisy tidak dibenarkan berkahwin dengan ahli
     keluarga baginda.

Langkah pemulauan itu hanya berjalan selama 3 tahun kerana:

-Abu Talib, bapa saudara baginda sentiasa melindungi dan
 membantu baginda.
-Ada dalam kalangan kaum Quraisy tidak mematuhinya, sebaliknya
 membantu orang Islam.
-Golongan Islam yang berkemampuan sanggup berkorban dengan
 menyerahkan harta mereka untuk membantu orang Islam yang
 hidup susah akibat pemulauan oleh kaum Quraisy.
-kaum wanita turut berkorban membantu memperjuangkan Islam
 seperti Siti Khadijah di Makkah, Aisyah, Ummu Salmah dan lain-
 lain di Madinah.

*Aisyah binti Abu Bakar ialah isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang paling muda. Beliau menjadi sumber rujukan utama tentang hukum-hukum Islam.

Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Berhijrah ke Habsyah

- Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan orang Islam berhijrah ke
  Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
- Hijrah pertama orang Islam.
- Nabi tidak berhijrah kerana memberikan tumpuan kepada
  penyebaran Islam serta menjaga keselamatan orang Islam yang
  berada di Makkah.


Berdakwah di luar Makkah

- Nabi Muhammad s.a.w.bersama Zaid bin Harithah cuba
  menyebarkan agama Islam di luar Makkah, iaitu di Taif.
- kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan kaum
  Arab Quraisy.

Berhijrah ke Madinah

- Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu untuk berhijrah ke
  Madinah pada tahun 622M. 
- membolehkan baginda menguruskan strategi baru untuk
  menyebarkan agama Islam. 
- Suku Aus dan Khazraj menjemput baginda dan umat Islam
  Makkah untuk menetap di Makkah.


Kesimpulan

1. Kemunculan agama Islam telah mengubah cara hidup masyarakat
    Arab Jahiliah kepada kehidupan yang teratur secara beransur-
    ansur.
2. Nilai-nilai murni telah disemaikan dalam kehidupan. Tamadun
    Islam bukan sahaja memberikan rahmat di Semenanjung Tanah
    Arab tetapi di negara-negara lain di dunia.
3. Nabi Muhammad s.a.w. seorang pemimpin yang berkaliber
    merupakan faktor utama menjayakan perkembangan tamadun
    Islam di Makkah.






No comments:

Post a Comment