Monday 22 July 2013

Nota Keempat Bab 4 ( 4.3 Penyebaran Islam di Makkah )

4.3 Penyebaran Islam di Makkah 


1. Nabi Muhammad s.a.w berusaha menyebarkan Islam selama 13 tahun.



2. Baginda berusaha membina masyarakat Islam menerusi dakwah.
  •    Secara rahsia ( selama 3 tahun )
  •    Secara terbuka atau terang-terang ( selama 10 tahun )


3. Nabi Muhammad s.a.w menjalankan kegiatan dakwah secara rahsia di kalangan ahli keluarga dan sahabat-sahabat karib baginda.

4. Bagindan juga menyeru supaya percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan meninggalkan amalan memuja berhala.

KESAN :

a) Ahli keluarga atau sahabat karib yang memeluk agama Islam :

  • Khadijah binti Khuwailid (isteri) 
  • Ali bin Abu Talib (sepupu)
  • Zaid bin Harithah (anak angkat)
  • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) 

b) Orang Quraisy yang memeluk agama Islam :
Orang Quraisy yang memeluk Islam
  • Uthman bin Affan
  • Zubair bin Awan
  • al-Arqam bin Abu Arqam

c) Al-Arqam menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah

5. Setelah turunnya ayat Al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda, Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menyebarkan dakwah Islamiah secara terbuka.

6. Baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat dan mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib.

Majlis ceramah

7. Ahli keluarga yang menolak seruan baginda
  • Abu Lahab (bapa saudara)
8. Dakwah Islam secara terbuka dilakukan di Bukit Safa, Makkah setelah Allah menurunkan perintan menerusi ayat al-Quran, al-Hijir, ayat 94

9. Pentadbir kota Makkah yang menghadiri majlis tersebut :
  • Bani Abdul Muttalib
  • Bani Zuhrah
  • Bani Tamim
  • Bani Makhzum
  • Bani Asad
10. Dalam majlis ini, berlakunya perbahasan yang hebat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu. 

 
Video ini menerangkan penyebaran Islam dengan lebih teliti.

6 comments: