Monday 22 July 2013

Nota Kelima Bab 4 ( 4.4 Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam )

4.4 Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam


4.4.1 Penerimaan terhadap Islam


Nabi Muhammad s.a.w memilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal 

Kota Makkah
  • kerana Islam masih baru dikenali
  • bilangan peganut masih sedikit
  • baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan
Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba.

Faktor mereka tertarik kepada ajaran Islam
  • mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.
Ada dalam kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam dengan penuh yakin.
  • Bilal bin Rabah dijerut leher dengan tali oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf
  • Keluarga Yassir telah dijemur di padang pasir sehingga Yaasir dan isterinya, Sumaiyah mati syahid.
  • Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila.
  • Zunainah telah diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.
Faktor- faktor Islam telah dapat diterima oleh masyarakat Arab
  • kerana kemurnian ajarannya.
  • kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah 
  • dakwah baginda secara lemah lembut dan berhikmah
  • baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah
  • antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w juga membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pernyataan para sahabat.
  • memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik
  • Nabi Muhammad s.a.w telah menanam keimanan yang kuat yang juat kepada pengikutnya
  • harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam
  • mereka juga mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia
  • kekuatan mental, fizikal and rohani merupakan kunci kepada kejayaan perkembangan Islam di Makkah
                                                                 

 
 
 
Setelah merujuk kepada nota, anda boleh melihat video ini untuk memahami bab ini dengan lebih mendalam. C:


No comments:

Post a Comment